Anak selesa - Ibu senang - Jimat belanja

F211, Kampung Permatang Pasir,
08600 Tikam Batu, Sungai Petani,Kedah.

hubungi : haslan 012 - 451 9490 / nadia 012 - 4422 654

Khamis, 26 April 2012

Saiz Diapers Untuk Simanja Anda


Size diapers bergantung kepada berat kanak-kanak :


Saiz S = untuk kanak-kanak seberat 3kg - 6kg
Saiz M = untuk kanak-kanak seberat 6kg - 9kg

Saiz L = untuk kanak-kanak seberat 9kg - 12kg
Saiz XL = untuk kanak-kanak seberat 12kg ke atas


(* saiz yang dimaksudkan merujuk kepada standard saiz kanak-kanak Malaysia sahaja - bukan di peringkat antarabangsa)


Penentuan size diapers tidak bergantung pada umur kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat 9kg, dia perlu dipakaikan dengan saiz L. Jika kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat hanya 7kg, saiz diaper yang sesuai untuknya adalah saiz M. Timbanglah berat anak anda dan dapatkan saiz diapers yang bersesuaian demi keselesaannya.


Bagi kanak-kanak dengan berat melebihi 15kg, saiz diapers yang bersesuaian adalah XXL. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak Malaysia (dengan berat 15kg ke atas) telah boleh dilatih untuk ke bilik air dan ia amat digalakkan memandangkan pemakaian diapers yang terlalu lama adalah tidak efektif untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.


Oleh kerana stok agak terhad, permintaan diaper ini sangat laris. Sekiranya anda ingin mencuba/membeli disarankan utk booking lebih awal bagi mengelak kehabisan stok.