Anak selesa - Ibu senang - Jimat belanja

F211, Kampung Permatang Pasir,
08600 Tikam Batu, Sungai Petani,Kedah.

hubungi : haslan 012 - 451 9490 / nadia 012 - 4422 654

Jumaat, 18 Mei 2012

Bagaimana untuk menukar lampin simanja...!!?


Sama ada anda mengunakan lampin pakai buang yang biasa atau yang terkini reka bentuknya,cara menukar lampin yang kotor tetap sama.

Boleh dikatakan, tiada cara yang khusus untuk menukar lampin.d...isini saya berikan langkah-langkah untuk ibu dan ayah "BARU" sama-sama mencuba cara yang lebih mudah. Dan mungkin selepas nie,anda boleh menukar lampin simanja anda dgn cara tersendiri - dimana anda boleh menukar lampin didalam bilik yang suram atau dalam keadaan separuh sedar dari tidur.
 


 PERSEDIAAN

Basuh dan keringkan tangan atau gunakan hand sanitizer atau lap tangan dengan baby wipe.

Sediakan tempat yang tidak sejuk dan bersih untuk menukar lampin. Jika anda tidak mengunakan changing table, alaskan selimut,tuala atau alas getah diatas lantai atau katil.

Ambil peralatan,termasuk lampin bersih dan baby wipe atau kain basah.Untuk simanja yang sensitif kulitnya, anda boleh gunakan air suam dan kapas.Jika simanja anda sedang alami ruam lampin, jangan lupakan cream ruam lampin atau petroleum jelly.



 NOTE KESELAMATAN

Jika anda mengunakan tempat yang tinggi untuk menukar lampin simanja,pastikan sebelah tangan anda sentiasa memegang simanja anda dan jangan sesekali tinggalkan simanja anda walau sesaat pun kerana simanja anda boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja.




1.
Ambil lampin baru dan letakkan dibawah punggung simanja iaitu sama kedudukannya dengan lampin yang dipakai simanja. Bahagian atas yang ada pita/tape sepatutnya ada diatas dan dibawah pingang simanja.Sekarang boleh lampin bersih telah sedia untuk digunakan dan ia juga melindungi tempat tukar lampin anda dari kotor. ( jikakalau lampin simanja anda sangat kotor ( ada air besar yang meleleh keluar) anda mungkin mahu alaskan sesuatu seperti kain,tuala, atau alas pakai buang sebelum meletakkan lampin bersih ketika membersihkan simanja anda.


2.
 Buka pita/tape lampin yang kotor. Untuk mengelakkan pita/tape meletak ke badan simanja, lipatkan  pita/tape semula.




3. Buka lampin kotor tadi.Jika simanja anda lelaki, pastikan anda menutup kemaluannya dengan baby wipe atau kain yang bersih supaya simanja anda tidak kencing kearah anda.
<>

 
4.
Jika terdapat najis pada punggung si manja gunakan bahagian hadapan lampin untuk mengelap baki najis yang masih melekat di permukaan kulit.


5.
Lipat lampin kotor dan bersihkan bahagian atas. (Ini akan memberikan lapisan perlindungan diantara bahagian lampin bersih dan punggung simanja yang masih kotor) untuk bersihkan punggung simanja,anda perlu mengangkat punggung simanja anda dengan cara memegang pada bahagian pergelangan kaki dengan mengunakan sebelah tangan sahaja dan mengangkat dengan perlahan dan lembut.

6.  Lapkan simanja anda dengan mengunakan baby wipe,kain atau kapas sekali lagi. Jika simanja anda perempuan lapkan dari depan ke belakang (depan ke punggung). Dengan cara ini boleh mengawal jangkitan.



7.  Pastikan tiada lagi kesan najis pada simanja anda. Anda boleh mengangkat kaki simanja atau pusingkan simanja anda ke kiri dan kanan secara lembut dan perlahan.pastikan juga bahagian pinggang dan paha juga tiada kesan najis lagi.
8.  Pastikan kulit simanja kering atau anda boleh mengelap kulit simanja dengan kain supaya kering.Untuk mengelakkan dan merawat ruam lampin,anda juga boleh sapukan krim ruam lampin atau petroluem jelly.( cara terbaik untuk merawat ruam lampin adalah dengan memastikan punggung simanja anda sentiasa kering dan sentiasa menukar lampin 2 jam sekali ).

 

9.  Keluarkan lampin yang kotor dan letakkan disebelah,Jika anda mengikut langkah yang pertama tadi,lampin yang bersih sepatutnya berada pada bawah punggung simanja anda sekarang.


10.  Tarik bahagian hadapan lampin ke arah perut simanja. Untuk anak lelaki, pastikan anda hala kan penis (kemaluan) kebawah, dengan cara ini dapat mengurangkan air kencing dari berkumpul dibahagian hadapan untuk mengelakkan kebocoran.


11.  Jika simanja ada masih lagi ada tali pusat jangan menutupi tali pusat simanja anda dengan lampin sehinggalah tali pusat ini kering dan tanggal dengan sendirinya. anda juga boleh membeli lampin dengan potongan khas untuk tali pusat atau lipatkan turun bahagian hadapan lampin seperti diatas.


 12.  Pastikan bahagian antara lampin dan paha si manja kelihatan selesa. Jika terlalu erat di bahagian tersebut ia boleh menyebabkan kulit melecet dan ketidakselesaan
 


13.  Lekatkan pita pelekat mengikut keselesaan pinggang si manja. (tidak terlalu ketat atau longgar)



14.  Lampin baru telahpun selesai ditukar.



15.  Pakaikan si manja dengan pakaian yang sesuai dan letakkan si manja di tempat yang diyakini selamat seperti di atas lantai atau katil bayi

<><> <><> <><> <><>
 




  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan